Noor Nabila Diminta Tanya Suami Neelofa Tentang Hukum Cium Mulut Jebat Jayden

3 Jul 2023 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dikritik selepas berkongsi gambar pagi Hari Raya Aidiladha bersama anaknya, Jebat Jayden. Ini apabila dalam salah satu gambar yang dikongsikan, Nabila dilihat mencium mulut anak lelakinya itu.

Teguran itu dilakukan seorang individu dan meminta agar perbuatan itu dihentikan kerana Jebat sudah semakin meningkat dewasan serta boleh berfikir.

“Anak dah besar, dah boleh stop ajar kiss bibir” – Teguran netizen kepada Noor Nabila.

Isteri kepada ahli perniagaan Engku Emran itu yang memakai busana hitam dan Jebat yang menggayakan baju melayu dengan tema yang sama kelihatan segak dan cantik keduanya.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang diberikan dan berharap Nabila dapat menerima teguran dengan baik. Nama suami Neelofa, iaitu Pu Riz juga dipetik memandangkan beliau merupakan seorang pendakwah selebriti yang tahu tentang hukum.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.