Nora Ariffin tak mahu panjangkan isu cerai, cukup orang tahu status perkahwinan

LocalEntertainment
15 Aug 2024 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penyanyi terkenal, Nora Ariffin tak mahu panjangkan isu dan meminta maaf kerana tidak memberi sebarang respon terhadap pertanyaan berhubung rakaman diceraikan dengan talak satu.

Nora Ariffin tak mahu panjangkan isu, hubungan baik sahaja sebelum ini

Menerusi hantaran yang dibuat pemilik nama sebenar, Wan Norafizah Wan Ariffin, 51 di Instagram, penyanyi berkenaan menyatakan cukuplah orang ramai sudah mengetahui status perkahwinannya kini agar tidak mendapatangkan fitnah.

image is not available

“Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa2 respon pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

Cukuplah org tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah.

“Sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan & kesalahan,” ujarnya.

image is not available

Nora Ariffin tak mahu panjangkan isu, sudah berlapang dada

Ujarnya lagi, sebelum ini hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja dan ketika ini sudahpun berlapang dada diatas apa yang telah berlaku.

Nora juga menyatakan sudah menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan serta memberikan kata-kata semangat kepadanya.

image is not available

Walau bagaimanapun, video sewaktu bekas suami, Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai telah dipadam oleh Nora memandangkan hal tersebut sudah diketahui umum.

Sebelum ini, Nora Ariffin telah memuat naik video diceraikan dengan talak satu oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.

Penyanyi itu juga meluahkan rasa syukur apabila semua sudah selesai dan sempat mengatakan bahawa bekas suaminya sama sekali tidak bersalah kerana dipaksa untuk melafazkan talak.

Sumber: Instagram Nora Ariffin