Nora Ariffin Tuntut Royalti Lagu Arwah Suami Hampir RM1 Juta

LocalEntertainment
17 Jul 2025 • 2:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia nora ariffin arwah suami royalti

Penyanyi tersohor tanah air, Nora Ariffin meluahkan rasa kesal apabila isu bayaran royalti untuk lagu popular Sinaran yang dicipta oleh arwah suaminya, Johan Nawawi, masih tidak menemui jalan penyelesaian walaupun sudah lima tahun berlalu.

Nora memaklumkan bahawa beliau telah berulang kali berurusan dengan pihak Music Authors Copyright Protection (MACP), namun tiada perkembangan positif.

Saya dah turun naik jumpa MACP. Namun, jawapan masih sama, mereka kata akan update.- Katanya.

Lagu arwah suami Nora Ariffin kerap diputarkan, tapi cuma terima RM60…

image is not available

Lebih mengejutkan, Nora turut mendakwa bahawa lagu Sinaran yang dinyanyikan oleh Datuk Sheila Majid dan sering diputarkan di pelbagai acara itu, hanya dibayar RM60 ketika arwah masih hidup.

Saya bercakap sebagai waris kepada arwah. Saya nak tuntut hak untuk anak-anaknya. Apakah peranan MACP?

Adakah mereka hanya menguruskan bayaran royalti untuk komposer yang masih hidup?- Soal Nora dengan nada kecewa.

Anggaran royalti boleh cecah RM1 juta…

image is not available

Dalam pada itu, Nora menganggarkan bahawa nilai sebenar royalti lagu tersebut mungkin mencecah sekitar RM1 juta, melihat kepada populariti dan kekerapan lagu itu diputarkan selama bertahun-tahun.

Katanya lagi, beliau bukan mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya mahu menuntut hak sebagai waris sah kepada pencipta lagu berkenaan demi masa depan anak-anak mereka.

Pssttt! Kes ini jadi peringatan besar buat semua penggiat seni dan waris mereka. Bila kita hasilkan karya, penting untuk pastikan hak royalti dijaga dan difailkan dengan betul. Ohmedia nasihatkan korang yang terlibat dalam industri seni, ambil tahu selok-belok undang-undang hak cipta supaya hasil karya kita tidak dipergunakan tanpa ganjaran yang sepatutnya.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.