Nora dakwa suami tak salah, dipaksa ceraikan sebab terima arahan

LocalEntertainment
13 Aug 2024 • 9:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi terkenal, Nora dakwa suami tak bersalah kerana dipaksa untuk menceraikannya dan merakam lafaz talak tersebut sebagai bukti.

Nora dakwa suami tak salah, dipaksa ceraikannya

Perkara itu ditulis oleh Nora atau nama sebenarnya, Datuk Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin di Insta Story selepas memuat naik video lafaz talak yang dibuat suami, Dr Rushdi Ramli.

image is not available

Nora dakwa suami tak salah, hanya ikut arahan

Dalam hantaran tersebut, dia menyatakan yang suaminya tidak bersalah dan hanya mengikut arahan saja yang mahu dia melepas penyanyi itu.

Ujarnya, dia tergamam dengan apa yangberlaku dan menyatakan Allah S.W.T ada bersamanya.

image is not available

Terdahulu, Nora telah berkongsi rakaman diceraikan menerusi video oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu.

Dia hanya meninggalkan kapsyen meluahkan rasa syukur dan mengatakan segalanya sudah selesai.

image is not available

Sekadar info, penyanyi berkenaan telah memaklumkan pernikahan mereka pada Disember 2021. Dr Rushdi juga merupakan sahabat baik kepada allahyarham suami pertama Nora, Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 2017.

Sumber: Instagram Nora Ariffin