Nora Danish ingatkan anak tentang solat -“Kalau tak, kena qada macam mommy sekarang. Jenuh nanti..”

LocalEntertainment
14 Jan 2025 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nora Danish ingatkan anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli mengenai kewajiban menunaikan solat lima waktu sebagai seorang Muslim.

Nora Mohd. Danish Hanif berkata, dia enggan Rayqal mahu pun anaknya seorang lagi, Mohamed Neqayl mengalami nasib sepertinya apabila harus menggantikan solat yang tertinggal selama ini.

Menurut aktres berusia 42 tahun, ibu bapa juga tidak boleh penat untuk mengingatkan anak-anak mereka mengenai solat.

“Budak-budak memang kena ingatkan (solat) mereka sepanjang masa terutamanya anak lelaki, setuju tak? Jangan pernah letih ibu-ibu semua.
“Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang. Jenuh nanti,” katanya dalam hantaran InstaStory, petik Kosmo! Online.

image is not available

Nora Danish ingatkan anak tentang solat

Nora turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Rayqal yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 7 Januari lalu.

Dalam perbualan tersebut, Nora hanya minta Rayqal melaksanakan solat lima waktu supaya kehidupannya sentiasa dilindungi Allah.

“Selamat hari jadi. Apa yang mommy nak adalah Rayqal solat lima waktu sehari dah zikir, Allahuakhbar.
“Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak,” ujarnya.

image is not available

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan bercerai pada 2008.

Rumah tangga mereka diserikan dengan seorang cahaya mata iaitu Rayqal.

image is not available

Nora kemudiannya berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl,6, namun bercerai pada 16 Jun lalu.

View Original Article