Nora Danish & Nedim nafi masalah kewangan punca bercerai, dah enam bulan tak sebumbung

19 Jun 2024 • 11:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri nafi masalah kewangan punca bercerai selepas lebih tujuh tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, media melaporkan Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Nafi masalah kewangan punca bercerai

Tegas Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, masalah kewangan bukanlah punca mereka berpisah.

Jelasnya, mereka telah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan telah pun cuba sebaik mungkin menyelamatkan rumah tangga, namun tidak berhasil.

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.
“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan,”katanya.

image is not available

Kredit Foto: NST

Menurut Nora lagi, dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak mereka sedia maklum mengenai perpisahan tersebut.

“Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.
“Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” katanya.

image is not available

Akui Nora, hubungan mereka memang baik, namun keputusan untuk hadir ke mahkamah bersama-sama telah dibuat setelah mencapai tahap keredaan.

“Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami.

“Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik,” katanya lagi.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

Sumber: Harian Metro (Serimah Mohd Sallehuddin)