Nora Danish, Nedim sah bercerai talak satu! -“Ia berakhir di sini, malam ini..”

19 Jun 2024 • 10:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Nora Danish dan pasangan, Nedim Nazri sah bercerai talak satu selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Nora Danish, Nedim sah bercerai talak satu

Memetik laporan BH Online, pasangan ini bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di mahkamah syariah, malam ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, sangat mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

“Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.
“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.
“Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga,”katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Nora juga berharap tiada sebarang teori mengenai perpisahan mereka.

Jelas aktres berusia 42 tahun, meskipun mereka berpisah namun keharmonian antara kedua-dua keluarga dan anak-anak adalah penting.

Sementara itu, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, enggan mengulas lanjut mengenai perceraian mereka pada sebentar tadi.

image is not available

Difahamkan, Nedim hadir tanpa peguam, manakala Nora diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Badri Idris.

Sebelum itu, Nora berjubah putih hadir bersama Nedim menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada jam 7.40 malam.

image is not available

Sebelum ini, Nora mendedahkan rumah tangganya dan suami sedang bergolak dan masih berusaha untuk mempertahankan ia.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

image is not available