Nora Danish padam 24,000 gambar tidak bertudung, mulakan hidup baharu. 'New chapter, Bismillah'

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 12:36 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON jelita, Nora Danish, mengambil langkah besar dalam hidupnya apabila memadam lebih 24,000 gambar lama di Instagram, termasuk foto-foto ketika belum bertudung. 

Menerusi satu Insta Story bertulis 'New chapter, Bismillah', tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa dia kini bersedia memulakan fasa baharu yang lebih bermakna dan peribadi.

Selepas berhijrah tahun lalu, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 43, itu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik.

image is not available

"A new chapter, Bismillah. Saya telah membuat keputusan untuk memadam semua gambar lama saya tanpa hijab. Ini adalah satu langkah ke arah menjadi wanita yang saya impikan. 

"Saya tidak memadam masa lalu saya, tetapi saya memilih untuk menerima diri saya yang sekarang dengan hijab.

image is not available

"Doakan saya terus istiqamah dan semoga ALLAH membimbing kita semua dalam perjalanan ini. Daripada 24,000 gambar, saya masih dalam proses memadamkannya.

Sekadar info, Nora terdahulu mula berhijab pada Julai 2024 selepas perceraiannya dengan Nedim Nazri.

Artikel berkaitan: