Nora Danish turut bersimpati, harap keluarga Nur Farah Kartini dapat keadilan

16 Jul 2024 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Nora Danish turut bersimpati terhadap nasib yang menimpa bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan meninggal dunia akibat dibunuh di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif di laman Insta-Story, dia meluahkan rasa sebak dan berharap keluarga mangsa mendapat keadilan sewajarnya berhubung kejadian terbabit.

Nora Danish turut bersimpati

image is not available

“Semoga keluarga mangsa mendapat keadilan! Salam takziah,” ujarnya.

Sejak semalam, negara dikejutkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di ladang sawit di Hulu Selangor yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Nora Danish turut bersimpati

image is not available

Susulan itu, seorang penjawat awam (polis) berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, berang kerana didesak untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek disyaki menjadi puncca Nur Farah Kartini dibunuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Sumber: Harian Metro, Instagram @Nora Danish