
TAWAU: Calon Pakatan Harapan (PH) P.191 Kalabakan, Noraini Abdul Ghapur mengakui tiada masalah untuk bersaing secara sihat dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.
Malah, beliau berterima kasih atas pengalaman lebih 10 tahun bersama Umno Kalabakan sebelum ini, semasa era ayahnya.
Menurutnya, PRU15 kali menyaksikan beliau bertanding di atas platform berbeza (PH) tetapi ‘orang-orang tetap sama’ dan beliau menghargai pengalaman ditimba sebagai Ketua Puteri Umno Kalabakan dan Naib Ketua Wanita Kalabakan.

