
KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Norazlinah Arif menggesa peniaga ditempatkan segera di bangunan baharu Pasar Tamu Kunak yang sudah lama siap.
Katanya, selepas sembilan bulan projek itu disiapkan ia masih belum beroperasi sehingga kini.
Sebaliknya, peniaga masih terpaksa menjalankan operasi menjaja di luar bangunan itu menggunakan khemah sendiri, tambahnya.


