Norges Bank Norway diumum sebagai pemegang saham utama Cahya Mata Sarawak

Business & Finance
15 Sep 2023 • 9:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Cahya Mata Sarawak Bhd mengumumkan Norges Bank, bank pusat dan pengurus dana kekayaan negara Norway dengan rasminya sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, Cahya Mata berkata bank pusat itu telah membeli 54.05 juta saham yang mewakili 5.03 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

“Misi Norges Bank adalah menggalakkan kestabilan ekonomi dan menguruskan aset penting bagi rakyat Norway.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pelaburannya bagi Dana Pencen Kerajaan, Norges Bank berusaha untuk mengoptimumkan pulangan dalam kerangka mandat pelaburannya,” katanya.

Cahya Mata adalah konglomerat kukuh berpangkalan di Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan yang pelbagai antaranya simen, pembuatan fosfat, perkakas minyak, penyelenggaraan jalan, pembangunan hartanah, perkhidmatan kewangan dan infrastruktur telekomunikasi.

Kumpulan itu telah berkembang kepada arena ekonomi kitaran baru-baru ini berikutan pembelian Cahya Mata Alam Sdn Bhd, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan serta kilang pembuatan bahan eko-komposit. - 15 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved