Normal Ke Kalau Selalu Mengantuk Lepas Makan? Ini Penjelasan Doktor

Health & Fitness
29 Jan 2023 • 7:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Normal Ke Kalau Selalu Mengantuk Lepas Makan? Ini Penjelasan Doktor

Setiap anggota badan memerlukan tenaga untuk menjalankan prosesnya yang tersendiri. Tenaga akan digunakan oleh badan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti seharian.

Bagaimana tubuh badan kita mendapat tenaga? Caranya adalah menerusi makan dan minum. Umumnya, semua hidupan yang bernyawa memerlukan makanan untuk terus hidup.

Menerusi makanan, ia akan memberikan kita tenaga. Namun, pernahkan anda terfikir mengapa apabila selepas selesai makan, kita seringkali berasa lesu atau mengantuk?

Apakah sebab disebaliknya? Pastinya ramai yang dibelenggu persoalan ini sejak sekian lama. Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Mari kita ikuti perkongsian Dr. Samhan di bawah ini.

LEPAS MAKAN TERUS MENGANTUK?

image is not available
Gambar: 10634669 via Pixabay

“Doktor, kenapa lepas makan kita mengantuk? Normal ke?”

“Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal”

Jom lihat kenapa kita mengantuk !

1. Tindak Balas Sistem Pencernaan

Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga.

Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).

Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka.

Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

2. Jenis Makanan

image is not available
Gambar: sontung57 via Pixabay

Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.

Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

3. Tabiat Tidur

Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.

Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. Tahap Kesihatan

image is not available
Gambar: fernandozhiminaicela via Pixabay

Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.

Dr Ahmad Samhan
-mengantuk itu adalah nikmat-