Normal Ke Kerap Kentut? Ini Penjelasan Doktor

Health & Fitness
16 May 2026 • 3:32 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Normal Ke Kerap Kentut? Ini Penjelasan Doktor

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kadangkala kita akan cakap “Eee siapa kentut ni?”

Tetapi sebenarnya perbuatan melepaskan gas dari badan kita adalah fasa biasa yang dilalui semua manusia. Agak jarang jika ada manusia yang berkata dia tidak kentut sekali pun dalam masa sehari.

Pun begitu, ada sesetengah daripada kita yang kentut dengan sangat kerap sehinggakan membuatkan mereka terfikir, adakah ia sihat dan normal dari sudut kesihatan? Malah kentut banyak kali ini juga boleh mengurangkan keyakinan seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menahannya.

Kentut Adalah Proses Biologi Semula Jadi

Menurut Pegawai Perubatan Am, Dr Zubaidi Hj Ahmad, kentut akan keluar apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Jelasnya, otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas tersebut.

“Gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita,” katanya.

Jadi persoalannya, adakah ia normal? Menurut pakar itu, ya. Kentut adalah proses biologi semula jadi dan normal bagi setiap manusia.

Jumlah Normal Kentut Dalam Masa Sehari

Tetapi seberapa kerap kentut ini dianggap normal? Memetik hantaran Public Health Malaysia (PHM), kentut adalah penanda bahawa usus kita sihat.

Tambah PHM di laman Facebook, kentut sebanyak 10–25 kali sehari adalah normal dan menunjukkan bahawa usus sedang aktif dan bakteria baik sedang bekerja di dalam anggota badan.

Malah amalan diet pemakanan tinggi serat juga menghasilkan lebih banyak kentut.

Boleh Ke Manusia Kentut Dalam Keadaan Tidur?

Walaupun kita sedang tidur dan nampak seperti ‘tidak sedarkan diri’, namun sebenarnya otak kita masih aktif untuk memulihkan fungsi badan. Jelas PHM, anda juga boleh kentut sewaktu sedang tidur.

Pada waktu itu, otot yang relaks akan membuatkan usus tetap bergerak walaupun tubuh berehat.

Image from: Normal Ke Kerap Kentut? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Saman Gerai Makan, Dakwa Alami Masalah Kentut Tidak Henti Selama Lima Tahun Selepas Makan Sandwic

Bau Kentut Yang Kuat Datang Dari Makanan Tinggi Sulfur

Ada masanya, kentut seseorang tidak berbau sehingga membuatkan orang lain tidak sedar pun anda kentut. Tetapi pada waktu tertentu, baunya memang tidak boleh disorok lagi. Terlalu kuat, dan busuk betul.

Jelas PHM, kentut sebenarnya tidak berbau.

Namun pengambilan makanan tinggi kandungan sulfur seperti telur, bawang, atau daging merah boleh membuatkan kentut mengeluarkan bau busuk yang kuat dan tidak menyenangkan.

Image from: Normal Ke Kerap Kentut? Ini Penjelasan Doktor
Foto: Makanan yang buatkan kentut seseorang berbau busuk.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya

Betul Ke Kentut Tak Ada Bunyi Lebih Busuk?

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, mengapa ada kentut yang berbunyi dan ada juga yang melepaskan gas dengan senyap?

Tiba-tiba sahaja dah berbau. Masa ni, memang tiada siapalah nak mengaku kentut sendiri.

Persoalannya timbul dakwaan yang mengatakan kentut yang tiada bunyi lebih busuk. Ya, ia adalah benar.

Kata PHM, kentut tidak berbunyi biasanya adalah lebih busuk. Ini disebabkan pergerakan gas yang lebih perlahan hingga menyebabkan gas sulfur dalam usus terperangkap. Ia sekaligus menjadi punca mengapa kentut tersebut adalah lebih busuk.

Baca Artikel Berkaitan: Nampak Lucu Tapi Penuh Kebaikan, Kentut Sambil Berjalan Selepas Makan Baik Untuk Kesihatan [Video]

Betul Ke Tanggapan Wanita Lebih Kuat Kentut Dari Lelaki?

Pernah tak anda dengar orang berkata golongan wanita lebih kuat dan kerap kentut berbading lelaki. Meskipun ia selalu dijadikan bahan jenaka, namun menurut PHM, lelaki juga kentut sama banyak seperti wanita.

Ia adalah tanggapan stereotaip yang tidak benar. Memetik PHM, golongan wanita kebiasaannya lebih menahan dan melepaskan gas secara senyap.

Namun begitu, jangan normalisasikan perbuatan menahan kentut, kerana ini boleh mendatangkan beberapa kesan buruk kepada kesihatan sebagai contoh:

  • Perut rasa kembung.
  • Sendawa berlebihan.
  • Sakit perut dan kekejangan.
  • Sembelit atau loya.
  • Gangguan emosi dan ketidakselesaan sosial.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Buang Air Besar? Ini 7 Jenis Makanan Bantu Elak Sembelit

Masalah Yang Mungkin Anda Sedang Lalui Jika Kentut Terlampau Kerap

Perlu diperhatikan juga corak kekerapan kentut anda itu. Sekiranya ia keluar lebih 25 kali sehari yakni melebihi jumlah normal, ia mungkin tanda-tanda kepada masalah seperti:

  • Makan makanan berkanji yang menyebabkan badan berangin.
  • Masalah intoleransi laktosa atau alahan kepada susu.
  • Masalah gangguan pada sistem pencernaan, sindrom gangguan usus (IBS).
  • Hidap penyakit CeliacIa iaitu masalah pencernaan apabila pesakit mengalami alahan kepada gluten.
  • Pengambilan makanan yang agak asing kepada tubuh badan sebagai contoh makan ketika melancong ke luar negara.
Image from: Normal Ke Kerap Kentut? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Tahan Kentut Ketika Solat? Ini Penjelasannya [Video]

View Original Article