Norman Hakim Sambut ‘Birthday’ Anak Sulung, Netizen Cari Kelibat Abby Abadi

Entertainment
25 Mar 2024 • 11:01 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
anak norman hakim

Di Instagram, pelakon Norman Hakim berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Danish yang ke-21 tahun.

Majlis yang disambut secara sederhana itu menunjukkan keluarga ini berbuka puasa bersama-sama sebelum solat berjemaah dan seterusnya memotong kek.

Di ruangan kapsyen, pelakon ini meninggalkan ucapan hari jadi penuh bermakna berharap hubungan akrab mereka kekal sampai bila-bila.

Kata Norman, dia tak sangka boleh menjadi rakan karib kepada anak sendiri di mana mereka boleh berkongsi segala rahsia dan perihal hidup.

Norman meminta maaf jika selama 21 tahun membesarkan Danish Hakim, dia ada melakukan kekhilafan. Dia juga berharap anak sulungnya itu dapat membawa mereka sekeluarga iaitu mama, mummy, abah dan adik-adik ke syurga.

Fuh, memang sedih betul lah ucapan itu kan? Netizen turut mendoakan yang terbaik berharap keluarga ini bahagia selalu.

image is not available

Sementara itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa sedih apabila ibu kandung Danish iaitu Abby Abadi tidak kelihatan di majlis itu. Difahamkan, Abby yang kini giat berniaga berada di Admiralty Bazaar, Singapura.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Norman Hakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.