Norreen Iman ‘Clear’ Almari, Tak Jadi Jual Baju Seksi Dulu Sebab Tak Nak Tanggung Dosa

Women's Fashion
4 Feb 2024 • 1:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selebriti dan pempengaruh terkenal, Norreen Iman menerusi satu sesi live di TikTok membuat jualan ‘clear’ almari.

Dia menjual pakaian preloved termasuk baju-baju seksi dengan harga yang berpatutan. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan tegas Norreen yang enggan menjual pakaian terdedah aurat kepada Melayu Islam.

Baju seksi untuk non muslim je

Pelakon ini menjelaskan dia enggan menanggung dosa jika dress biru itu dipakai oleh wanita Islam. Jadi, baju itu terbuka untuk dijual kepada non muslim je.

Dia juga meluahkan rasa malu apabila ada netizen mengungkit Noreen pernah menari memakai dress tersebut.

Sampai tak jadi member nak jual baju tu tau, terlalu banyak kenangan katanya.

Kredit: TikTok @shasya11_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.