Nota disebar berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia palsu - Zambry

LocalPolitics
22 Jun 2023 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zambry

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) menyifatkan penyebaran nota memorandum berhubung persempadanan Malaysia dan Indonesia adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, nota memorandum tersebut adalah palsu yang kononnya dikeluarkan atas nama Menteri Luar Negeri.

"Kita memandang serius kerana ada perkara yang disampaikan itu adalah tidak benar, malah penggunaan peta yang sepatutnya dirahsiakan telah diambil dan penceritaan tidak benar.

"Naratif diberikan seolah ia nota daripada Menteri Luar, sebenarnya adalah palsu,” katanya pada sesi libat urus bersama media di sini pada Khamis.

Ujar beliau, nota memorandum palsu itu dibuat dengan penuh teknikal.

"Ini bukan kerja orang biasa sebab nota terbabit ditulis dengan begitu teknikal. Jika orang tidak biasa, mereka tentu percayakannya," jelas Zambry.

Sehubungan itu, KLN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kebocoran maklumat tersebut.

"Satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat pada minggu lalu," katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat membabitkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved