Notepad Pada Windows 11 Akan Menyokong Ciri “Autosave”

TechnologyDigital
1 Sep 2023 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Notepad adalah aplikasi mencatat nota yang sedia hadir terbina dalam sistem operasi Microsoft, iaitu Windows. Sejak Windows 11 diperkenalkan pelbagai perkara baharu telah diperkenalkan seperti rekaan lebih moden dan juga sokongan tab pada Notepad.

Disamping itu, terbaru, Microsoft mengumumkan yang Notepad kini sedang menguji ciri auto simpan (autosave). Dalam Notepad versi 11.2307.22.0, Microsoft menyatakan setiap kali aplikasi ini ditutup semua nota pengguna akan disimpan dan pengguna seterusnya boleh sambung menaip atau sunting.

image is not available

Bukan itu sahaja, jika pengguna menggunakan banyak tab serentak – setiap tab turut akan dikembalikan sebaik sahaja Notepad dilancarkan semula. Microsoft turut membenarkan pengguna memilih sendiri sama ada ingin hidupkan atau matikan ciri ini. Jika dimatikan, pengguna boleh memulakan catatan nota baharu setiap kali aplikasi ini dibuka.

Buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna Windows 11 Insider dalam saluran Dev dan Canary. Tiada informasi bila ciri ini akan ditawarkan kepada umum. Besar kemungkinan dalam kemaskini Windows 11 yang seterusnya. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved