Nothing pada hari ini mengumumkan mereka akan mengasingkan jenama CMF sebagai anak syarikat berasingan, dan beribu pejabat di India. Dengan langkah ini, ia akan melalui proses penyelidikkan dan pengeluaran secara kendiri di India.

Selari dengan pengumuman ini, Nothing mengatakan mereka akan melabur lebih $100 juta pada syarikat usahasama CMF ini dan menyasarkan mencipta 1800 pekerjaan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Nothing akan bekerjasama dengan Optiemus untuk tujuan pengeluaran peranti.
India sendiri merupakan salah satu pasaran utama untuk Nothing, dimana mereka mempunyai pegangan pasaran sekitar 2% di India. Dengan memfokuskan jenama CMF di sana, ia akan membolehkan penawaran peranti pada harga lebih kompetitif, sekaligus mendapatkan pegangan pasaran lebih besar. Langkah ini juga akan membolehkan jenama Nothing sendiri memfokuskan kepada pasaran bernilai lebih tinggi, tanpa menjejaskan jenama mereka.
Sebelum ini, pelbagai jenama telah melakukan perkara sama, termasuk Huawei yang mengasingkan Honor, dan Oppo yang mengasingkan Realme.
Had the honor of meeting Minister Shri @AshwiniVaishnaw – the driving force behind Make in India and the country’s thriving tech ecosystem. There is no doubt; India will play a key role in shaping the future of the global smartphone industry.
We discussed our journey with… pic.twitter.com/M1Gyzet6Qg





