Nothing Bakal Perkenalkan Fon Telinga Dengan Fungsi Rakaman Dan Ringkasan AI

TechnologyDigital
24 Nov 2026 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti AI pertama daripada Nothing akhirnya mula didedahkan. Dalam temu bual bersama Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nothing, Carl Pei, Bloomberg melaporkan bahawa peranti tersebut hadir dalam bentuk sepasang fon telinga yang mampu merakam serta menyalin perbualan kepada teks. Produk yang dikenali sebagai Nothing Ear (note) itu dijadualkan dilancarkan pada 8 Disember, namun harga jualannya masih belum diumumkan.

Image from: Nothing Bakal Perkenalkan Fon Telinga Dengan Fungsi Rakaman Dan Ringkasan AI

Ear (note) dikatakan akan dilengkapi mikrofon pada fon telinga dan pod pengecasnya. Ini membolehkan pengguna merakam perbualan bersemuka serta panggilan telefon menggunakan satu peranti. Nothing turut menyertakan butang khas Talk untuk memulakan rakaman dengan lebih pantas, di samping berpotensi menerima fungsi tambahan pada masa akan datang. Peranti ini juga menyokong pelbagai ejen AI termasuk sistem kawalan suara yang dibangunkan oleh Nothing sendiri. Rakaman yang dibuat boleh ditukar kepada teks, diringkaskan dan diuruskan menerusi aplikasi khas yang disediakan.

Image from: Nothing Bakal Perkenalkan Fon Telinga Dengan Fungsi Rakaman Dan Ringkasan AI

Pada masa sama, isu privasi turut menjadi perhatian kerana peranti ini boleh digunakan untuk merakam perbualan. Carl Pei berkata Nothing telah mendapatkan persijilan privasi yang berkaitan serta bekerjasama dengan firma guaman bagi menilai risiko dan langkah perlindungan yang diperlukan. Beliau juga berpendapat peranti AI untuk pengguna masih belum digunakan secara meluas. Namun, teknologi ini mempunyai potensi besar pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved