Nothing Ear (2) Kini Ditawarkan Dalam Warna Hitam – Harga RM599

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Ear (2) kini menerima kemas kini warna baharu iaitu hitam sekaligus melengkapkan lagi produk berkenaan. Aspek reka bentuk dan perkakasan sdalaman pada fon telinga ini masih kekal sama seperti sebelum ini, tanpa sebarang naik-taraf baharu.

Cumanya terdapat kemaskini audio baharu pada aplikasi Nothing X yang diberikan seperti Advanced Equaliser yang disediakan untuk Ear (2) dan Ear (Stick). Sementara itu ciri Noise Reduction pula terhad untuk Ear (stick) sahaja.

image is not available

Nothing Ear (2) merupakan set fon telinga nirwayar bertangkai jenis dalam telinga yang memberi fokus terhadap kualiti audio. Ia menggunakan set pemandu audio 11.6mm yang juga menyokong enam mikrofon terbina. Ini digabungkan lagi dengan ciri ANC dan LDAC 5.0 untuk audio 24bits/192kHz terbina.

image is not available

Seterusnya tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3 untuk sambungan yang stabil. Fon telinga juga melepasi penarafan IP54 untuk fon telinga, sementara itu IP55 pula untuk pod pengecasannya. Bateri 458mAh yang digunakan boleh bertahan maksimum 36 jam dan pengecasan nirwayar turut diberikan.

Nothing Ear (2) Black ditawarkan di Malaysia dengan harga RM599 dan ketersediaan pula bermula 22 Julai akan datang menerusi pengedar sah Nothing di seluruh Malaysia. Anda yang berminat mencubanya lebih awal, boleh berbuat demikian dengan berkunjung ke Mid Valley Megamall pada 15 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved