Nothing Headphone (1) Akan Dilancarkan Pada 1 Julai 2025

TechnologyDigital
6 Jun 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing bakal memperkenalkan produk baharu dalam segmen fon kepala dengan pelancaran Nothing Headphone (1) pada 1 Julai 2025. Fon kepala ini akan dilancarkan serentak dengan Nothing Phone (3) menjadikan acara tersebut antara yang dinanti-nantikan oleh peminat setia jenama ini.

image is not available

Reka bentuknya yang elegan serta teknologi canggih hasil kerjasama dengan syarikat audio ternama KEF menjanjikan pengalaman audio berkualiti tinggi. KEF memberi gambaran bahawa Nothing Headphone (1) mungkin mampu menyaingi fon kepala berprestasi tinggi seperti AirPods Max keluaran Apple tetapi dengan reka bentuk lut cahaya yang menjadi identiti produk Nothing.

Buat masa ini, maklumat mengenai spesifikasi fon kepala ini masih terhad. Namun, pelancarannya dijangka menambahkan keterujaan dalam acara Nothing tahun ini. Para peminat setia pasti boleh menantikan kejutan menarik daripada Nothing tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved