Nothing Jelaskan Sebab Di Sebalik Penjenamaan Siri Nothing (b)

TechnologyDigital
23 Jun 2026 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Jelaskan Sebab Di Sebalik Penjenamaan Siri Nothing (b)

Nothing mencuri perhatian ramai dengan perancangan memperkenalkan produk baharu iaitu siri Nothing (b). Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum ditentukan, namun penawaran tersebut diyakini hadir dengan konsep lebih moden dan terkini. Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan pengguna setia mengenai penggunaan huruf (b) dalam nama produk.

Image from: Nothing Jelaskan Sebab Di Sebalik Penjenamaan Siri Nothing (b)

Menyedari perkara tersebut, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Nothing, Akis Evangelidis tampil dengan ciapan baharu bagi menjelaskan sistem penamaan produk Nothing (b) Series. Menurut beliau, huruf (b) tersebut tidak membawa maksud khusus sebaliknya merupakan kesinambungan dalam sistem penamaan yang telah ditetapkan.

Image from: Nothing Jelaskan Sebab Di Sebalik Penjenamaan Siri Nothing (b)

Dalam struktur tersebut, nombor mewakili generasi produk manakala huruf menunjukkan segmen produk. Siri A ialah barisan telefon pintar Nothing yang popular dengan penekanan pada gaya reka bentuk yang kreatif serta ciri-ciri penting yang diperlukan pengguna. Siri B pula dibangunkan selepas kejayaan Siri A dengan tujuan meluaskan ke segmen baharu sambil mengekalkan susunan dan hierarki produk yang jelas.

Image from: Nothing Jelaskan Sebab Di Sebalik Penjenamaan Siri Nothing (b)

Tambah beliau, Siri A akan kekal sebagai barisan premium di bawah produk utama yang tidak menggunakan huruf. Struktur ini dirangka bagi mengelakkan penggunaan terlalu banyak tambahan penjenamaan serta memastikan portfolio produk Nothing lebih tersusun dan mampu berkembang secara sistematik.

Sumber – Akis Evangelidis

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved