Nothing lancar subjenama baharu “CMF by Nothing”

Design
4 Aug 2023 • 7:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Carl Pei, pengasas dan CEO Nothing mengumumkan satu perkara yang menarik dalam video Nothing Community Update (Q2 2023) yang diterbitkan di YouTube. Seperit OnePlus dengan Nord, Nothing turut mengumumkan subjenama mereka dan ia dinamakan "CMF by Nothing".

CMF by Nothing akan memberikan fokus kepada ruang yang berlainan berbanding Nothing. Subjenama ini dikelolakan pasukan yang berbeza dan mereka memberi fokus pada:

  • rekaan bersih dan malar segar
  • produk dengan harga mampu milik
  • kualiti produk tertinggi pada paras harganya

image is not available

Nothing pula akan memfokuskan kepada:

  • inovasi dalam rekaan
  • penawaran premium
  • penggunaan teknologi baharu

Kedengaran seperti CMF by Nothing ingin bersaing dengan jenama seperti Redmi, Realme, Infinix, dan yang seangkatan dengannya. Walau bagaimanapun, kedua-duanya dikatakan berkongsi DNA yang sama iaitu dipaci ketelitian pada rekaan dan maklum balas pengguna.

CMF by Nothing akan lancarkan dua produk pertama tak lama lagi. Dua produk itu bukanlah telefon sebaliknya fon putik dan jam tangan pintar. Ia sama seperti Nothing sewaktu zaman awal kewujudannya iaitu lancarkan Nothing (ear). Namun, persoalan yang belum terjawab adalah "bila".

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved