Nothing Mengacah Butang Fizikal Baharu Pada Phone (3a) Seakan iPhone 16

TechnologyDigital
4 Feb 2025 • 10:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Nothing Phone (3a) akan dilancarkan di acara MWC Barcelona 2025, iaitu pada 4 Mac 2025. Peranti ini dikatakan adalah peranti kelas pertengahan premium baharu yang sekali lagi akan memberi nilai terbaik kepada pengguna. Misalnya, Nothing telah mengacah yang ia akan dilengkapi dengan tiga kamera berbanding dua pada siri Phone (2a). Terbaru, mereka mengacah kehadiran butang fizikal tambahan pula.

image is not available

Tidak pasti jika imej yang menyala ini memberi petanda sama ada butang fizikal turut akan ada pencahayaan LED Glyph. Apa pun, dengan kapsyen Your second memory, one click away membawa maksud hanya satu klik untuk memori kedua kamu – memberi petanda yang butang tambahan ini mungkin adalah seakan Camera Control pada siri iPhone 16. Atau, ia mungkin hanya butang fizikal sedia ada dengan ciri tambahan baharu.

image is not available

Tidak banyak informasi mengenai peranti ini selain rekaan kamera seakan bar kamera Google Pixel versi mini. Kemudian ia dikatakan mungkin akan ada dua peranti iaitu Phone (3a) dan Phone (3a) Pro, bukan Plus. Peranti juga dikatakan akan dilengkapi dengan skrin OLED 6.8″, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W dan kamera 50MP + 50MP 2x telefoto + 8MP ultra-lebar.