Nothing mula mengacah kehadiran peranti CMF baharu mereka yang menampilkan rekaan panel belakang bertekstur dengan kemasan pusam. Ia dijangka menjadi pengganti kepada CMF Phone 1 dengan beberapa peningkatan menarik termasuk sistem kamera lebih baik, dan sokongan aksesori modular.

Selain itu, rekaannya yang minimalis dan kompak bukan sahaja memberikan nilai tambah pada peranti tersebut, tetapi juga menjadikannya lebih menarik dan praktikal untuk kegunaan harian. Imej promosi dikongsi memperlihatkan bahagian sisi logam dengan kemasan pusam bersama skru, yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa Nothing berkemungkinan akan terus mengekalkan elemen rekaan ikonik yang diperkenalkan pada model CMF sebelum ini.

Terdapat juga imej CAD 3D tertiris yang menunjukkan bahawa CMF Phone 2 mungkin akan dilengkapi dengan tiga kamera di belakang. Berdasarkan khabar angin, peranti turut dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7400, skrin OLED 6.3 inci dengan resolusi FHD 120Hz, serta bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.
A new finish. Textured, tactile, different.
More to come. pic.twitter.com/urfDleDieH
