Nothing OS 3.0 Akan Tiba Pada 2024 – Fokus Ke Rekaan Antaramuka

TechnologyDigital
10 Nov 2023 • 9:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing telah pun memulakan ujian Android 14 melalui program beta umum, Nothing OS 2.5 Open Beta. Hari ini mereka melancarkan Nothing OS 2.5 Open Beta 2 pula, versi kedua yang fokus kepada sistem lampu Glyph. Ia kini menyokong Google Calendar dan pemasa lebih mudah untuk digunakan seperti boleh diakses terus melalui kunci skrin.

image is not available

Nothing turut mengacah yang generasi baharu sistem operasi merek turut akan tiba seawal 2024. Ia adalah Nothing OS 3.0 yang mana dikatakan memfokuskan kepada rekaan antaramuka serba baharu. Selain turut akan terus memberi pengguna akses kepada widget interaktif dengan rekaan dan kustomasi yang menarik.

image is not available

Nothing OS 2.5 buat masa ini terhad kepada pengguna Phone (2) sahaja. Kemas kini untuk pengguna Phone (1) dan versi stabil untuk Phone (2) masih tidak mempunyai sebarang tarikh lagi buat masa ini.