Nothing Phone (2) Disahkan Akan Dijana Cip Mercu Dibawah Siri Snapdragon 8

TechnologyDigital
1 Mar 2023 • 1:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing hari ini mengadakan sebuah acara khas di Mobile World Congress, dan turut berkongsi menyatakan mereka akan hadir dengan Nothing Phone (2) pada 2023 ini.

image is not available

Nothing turut mengambil peluang bersama pengeluar cip Qualcomm dalam mengumumkan kerjasama, dan menyatakan Nothing Phone (2) akan dikuasakan cip mercu yang hadir dibawah siri Snapdragon 8.

Dengan langkah ini, ia membawa kepada perbezaan mendadak dari segi tenaga pemprosesan berbanding generasi pertama telefon berkenaan.

Pada hari ini, cip terkini Qualcomm adalah Snapdragon 8 Gen 2 yang sedia digunakan pada beberapa peranti. Tidak diketahui lagi sama ada Nothing akan menggunakan cip ini, atau cip generasi akan datang Qualcomm.

Penggunaan cip ini juga mungkin secara tidak langsung akan meningkatkan lagi harga jualan telefon oleh Nothing.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan lagi bilakah Nothing Phone (2) akan dilancarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved