Nothing Phone (2a) Plus Akan Dilancarkan Pada 31 Julai Nanti

TechnologyDigital
18 Jul 2024 • 6:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas melancarkan dua peranti pada tahun ini, Nothing nampaknya benar-benar ingin mengejar pengeluar peranti lain kerana bakal melancarkan peranti ketiga pula iaitu Nothing Phone (2a) Plus. Disebabkan Nothing masih belum berkongsi sebarang butiran, kita boleh menjangkakan yang ia adalah variasi Phone (2a) yang lebih berkuasa.

image is not available

Peranti ini akan dilancarkan pada 31 Julai, tidak lama lagi. Jika Aerodactyl adalah kod nama bagi Phone (2a), Mega Aerodactyl akan menjadi kod untuk Phone (2a) Plus. Phone (2a) adalah sebuah peranti yang agak baik, cuma ia ada masalah skrin yang terhad boleh memainkan kandungan HDR apa, tiada pengecasan nirwayar dan prestasi tidak begitu konsisten untuk permua. Jadi Nothing mungkin akan menyertakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa, menawarkan variasi memori dan storan yang lebih tinggi, kamera lebih baik atau mungkin bateri lebih besar dengan pengecasan pantas.

image is not available

Peranti yang dilancarkan pada empat bulan lepas ini menggunakan skrin AMOLED 120Hz bersaiz 6.7-inci, dijana Dimensity 7200 Pro, dilengkapi konfigurasi dwi-kamera 50MP, speaker stereo, perlindungan IP54, bateri 5000mAh dengan pengecasan 45W, masih ada Glyph dan dijual pada harga RM1,699. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini nanti.