Nothing Phone (3a) Akan Dilengkapi Kamera Zum Periskop

TechnologyDigital
18 Feb 2025 • 8:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Nothing Phone (3a) akan dilancarkan pada 4 Mac akan datang di MWC Barcelona 2025. Dua peranti yang akan dilancarkan adalah Phone (3a) dan Phone (3a) Pro (atau Plus). Sedikit demi sedikit mereka telah mengacah spesifikasi dan butiran peranti. Terbaru, spesifikasi kamera dan kemampuannya didedahkan.

image is not available

image is not available

Berdasarkan video yang dikongsi oleh Nothing, peranti yang diuji mungkin adalah model paling berkuasa iaitu Phone (3a) Pro atau Plus kerana peranti yang dikaburkan kelihatan seakan tidak mempunyai palang kamera. Ini selari dengan imej yang dikongsi oleh mereka di X yang memperlihatkan susunan kamera seakan di dalam sejenis lingkaran yang mungkin akan menyertakan Glyph. Konfigurasi kamera dikatakan adalah 50MP Shake Free, OIS + 50MP sensor periskop 6x zum nirhilang Sony, OIS + 8MP sensor sudut ultra lebar Sony.

image is not available

image is not available

Teknologi kamera yang digunakan dikatakan adalah Full Well Capacity yang meningkatkan pemprosesan data cahaya yang diterima sensor untuk menjadi imej sehingga 300%. Ini menjanjikan hasil gambar yang lebih cerah dan mempunyai kualiti HDR yang lebih baik. Untuk kemampuan zum, ia menyokong 3x zum optikal, 6x zum nirhilang dan 60x Ultra Zoom. Kamera Phone (3a) turut boleh menghasilkan kesan bokeh tanpa mod potret, mempunyai sistem OIS cukup baik untuk mod malam dan juga rakaman video yang sangat stabil dengan bantuan teknologi AI.

image is not available

Nothing dilihat turut mendengar permintaan pengguna, yang menawarkan 3 kamera adalah lebih baik kerana ia boleh menjadi pilihan walaupun jarang digunakan. Agak aneh kenapa nama pelancaran adalah siri Nothing Phone (3a) tetapi Nothing seakan mengacah peranti dengan spesifikasi lebih mercu bukannya kelas pertengahan.

Nothing Phone (3a) akan menggunakan bahan binaan yang tahan lasak, akan ada butang fizikal tambahan, dan akan dijana dengan cip yang menawarkan prestasi elit. Kedua-dua peranti Nothing ini mungkin akan mempunyai spesifikasi kamera yang lebih kurang sama tetapi menggunakan rekaan yang berlainan sepenuhnya.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini. Adakah anda tidak sabar menantikan kehadiran peranti Nothing baharu di Malaysia?