Nothing mengumumkan kemaskini perisian baharu untuk pengguna siri Phone (3a). Ia membawakan beberapa peningkatan menarik pada antara muka pengguna, dan prestasi lebih menyeluruh.

Antara yang menarik ialah penambahan sokongan rakaman 4K pada 30FPS untuk lensa telefoto yang membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan zum. Ini bermakna, peranti Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini menyokong rakaman 4K30FPS walaupun menggunakan lensa telefoto pada 2x zum untuk Phone (3a) dan 3x zum untuk Phone (3a) Pro.
More camera upgrades: (3/6)
Better selfies with improved skin detail + colour balance.
Clearer night shots under streetlights.
Filters now on 50MP images.
Brighter telephoto low-light captures.
Less flicker in slow-mo and zoom footage.
Selain itu, kemas kini ini turut menawarkan peningkatan untuk keupayaan kamera termasuk swafoto yang lebih jelas dengan perincian kulit dan keseimbangan warna lebih semula jadi. Selain itu, gambar malam juga lebih jelas terutama di bawah cahaya lampu jalan. Terdapat juga sokongan penuras untuk gambar 50MP yang membolehkan imej disunting dengan lebih kreatif. Dalam masa sama, gambar telefoto dalam pencahayaan rendah juga dikatakan lebih terang walaupun dalam persekitaran gelap.

Selain peningkatan pada kamera, Nothing X 3.0 turut memperkenalkan beberapa perubahan kecil pada antaramuka pengguna, serta sokongan untuk fon telinga siri Buds 2 baharu. Ciri-ciri baharu dalam kemaskini termasuklah akses lebih mudah ke Privacy Space yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat peribadi dengan lebih selamat.
Kata laluan yang berasingan untuk App Locker dan Privacy Space menawarkan lebih kawalan terhadap keselamatan aplikasi. Terdapat juga Hotspot Manager yang membolehkan pengguna menguruskan peranti yang disambungkan dengan sebaiknya. Peningkatan sistem secara menyeluruh juga diberi perhatian untuk pengelaman pengguna lebih responsif.
More features and fixes: (5/6)
Privacy Space: Swipe right in app drawer.
Separate passwords for App Locker and Privacy Space.
Hotspot Manager: See who’s connected.
April Android security patch.
General stability improvements.
Untuk mendapatkan kemaskini, pengguna boleh menyemak di bahagian tetapan > sistem > kemaskini sistem pada telefon masing-masing. Nothing menyatakan bahawa kemaskini sedang diedarkan secara berperingkat maka mungkin tidak semua pengguna akan menerimanya pada masa yang sama.


