Nothing dilancarkan pada tahun 2021 oleh Carl Pei yang juga adalah salah seorang pengasas OnePlus. Menerusi Nothing beliau ingin kembali menawarkan peranti yang mampu milik selepas hala tuju asal OnePlus mula terpesong. Menurut laporan Bloomberg, setakat ini Nothing telah menjual lebih 7 juta peranti. Ini adalah gabungan jualan telefon pintar dan juga aksesori seperti TWS serta jam tangan.

Syarikat ini juga telah berjaya mencapai jualan keseluruhan sebanyak $1 bilion tahun lalu. Mereka kini sedang melakukan pengumpulan dana Siri C daripada pelabur. Turut diketahui ialah India merupakan pasaran terbesar Nothing diikuti oleh Jerman dan United Kingdon. Sementara itu pasaran terbesar untuk aksesori audio mereka pula ialah Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Jepun.


