Nothing Tidak Tawar Pengecas Dalam Kotak Telefon – Perlu Dibeli Asing Pada Harga RM139

TechnologyDigital
13 Jul 2022 • 12:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing hari ini telah melancarkan telefon pintar pertama mereka, Nothing Phone (1) secara rasminya. Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga bermula RM2399.

Namun, seperti dinyatakan sebelum ini, Nothing tidak menyertakan pengecas untuk telefon pintar ini dalam kotak peranti. Pengguna perlu membeli ia secara berasingan atau menggunakan pengecas sedia ada.

image is not available

Sebagai alternatif juga, Nothing menawarkan pengecas 45W mereka dalam pilihan warna putih pada harga RM139.

Pengecas ini hadir dengan sokongan PD3.0, dengan sambungan USB-C.

Selain pengecas, Nothing turut menawarkan kerangka pelindung pada harga RM49, selain pelindung skrin pada harga RM69.

image is not available

image is not available

Kesemuanya masih belum dibeli lagi buat masa ini. Mungkin kita akan melihat penawarannya kelak selepas pelancaran rasmi model Nothing Phone (1) untuk pasaran Malaysia nanti.