Notion Mail Diacah, Klien Emel AI Dengan Fokus Kepada Produktiviti

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Notion adalah jenama yang cukup terkenal dengan aplikasi mengambil nota mereka yang sangat pintar dan berguna untuk pelbagai tugasan. Notion turut mempunyai perkhidmatan kalendar tersendiri yang diambil-alih dari Cron dan kini selepas mereka mengambil-alih SkiffNotion Mail diperkenalkan.

image is not available

Notion Mail adalah klien emel yang ingin memastikan emel pengguna memudahkan urusan tugasan harian. Ia akan diintegrasikan dengan Notion AI di mana dengan prom, emel boleh disusun mengikut kategori, ditapis dan menguruskan penjadualan emel mana yang patut dibalas dahulu. Kemudian emel yang telah disusun tadi boleh ditetapkan mana satu lebih penting.

image is not available

Notion turut berkongsi yang Notion Form turut akan diperkenalkan iaitu satu pesaing kepada Google Form tetapi menggunakan pangkalan data Notion sendiri. Buat masa ini, Notion masih belum dedahkan bila Notion Mail akan ditawarkan kepada umum. Jika anda adalah pengguna Notion dan penat dengan iklan di dalam Gmail, nantikan kehadiran Notion Mail.

View Original Article