Notis Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Kuching Dan Samarahan Pada 29 Februari

27 Feb 2024 • 4:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerja-kerja menaik taraf Batu Kitang menyebabkan gangguan bekalan air bagi kawasan di Kuching, Samarahan pada 29 Februari

Notis Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Kuching Dan Samarahan Pada 29 Februari. Menurut notis Lembaga Air Kuching (KWB), akan ada gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuching dan Samarahan pada hari Khamis (29 Feb) dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Difahamkan gangguan ini adalah untuk memfasilitasi kerja-kerja naik taraf di Loji Rawatan Air Batu Kitang No. 2 yang melibatkan sambungan bekalan elektrik oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).

image is not available
Notis Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Kuching Dan Samarahan Pada 29 Februari. Sumber: borneopost

Antara kawasan-kawasan terjejas akibat gangguan bekalan air, malah akan mengalami air keruh semasa pemulihan

Pengguna-pengguna di sepanjang Batu 9, Jalan Pending, Jalan Batu Lintang, Park Lane, Jalan Sekama, Jalan Bampfylde, Kenyalang Park, Jalan Foochow, kawasan-kawasan Samarahan, dan Stesen Pam Tambirat JBALB akan terjejas akibat gangguan ini.

KWB berkata semasa tempoh pemulihan, pengguna-pengguna akan mengalami tekanan rendah, udara terperangkap, dan air keruh.

Simpan air sebelum air ditutup di kawasan tersebut

Pengguna-pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan bekalan.

Aduan atau pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan KWB di 082-222333 atau hantar SMS ke 019-8866650.

Baca juga artikel yang berkaitan: