Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota diserah kepada SPR

Politics
4 Aug 2024 • 1:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, untuk itu pihak DUN Johor menyerahkan kepada SPR untuk membuat tindakan selanjutnya.

"Pagi ini saya telah memaklumkan kepada pihak SPR melalui hantaran faks mengenai kekosongan kerusi Dun Mohkota kerana penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

"Justeru pihak DUN Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, Scoop melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota itu meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sharifah Azizah merupakan bekas Ketua Wanita Umno Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. – 4 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved