Notis Penutupan Sementara Bulatan TT3 Bermula Malam Ini Hingga 4 Pagi Esok

14 Jan 2023 • 8:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bulatan TT3 ditutup sementara

Notis Penutupan Sementara Bulatan TT3 Bermula Malam Ini Hingga 4 Pagi Esok. Bulatan TT3 antara Kuching dan Samarahan akan ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf permukaan jalan malam ini dari 9 malam hingga 4 pagi esok.

image is not available
Notis Penutupan Sementara Bulatan TT3 Bermula Malam Ini Hingga 4 Pagi Esok. Sumber: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan, bahagian jalan di bulatan dari Jalan Stutong ke Taman Perindustrian Samajaya dan dari Samarahan ke Tabuan akan ditutup bermula 9 malam ini hingga 4 pagi esok.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu di jalan raya semasa kerja-kerja pembaikan dan mematuhi semua peraturan pengurusan lalu lintas bagi tujuan keselamatan sehingga kerja selesai.

image is not available

“Pihak JKR Samarahan akan menghubungi orang ramai dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh, masa atau kawasan terbabit.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal jika perlu melalui bulatan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata JKR Samarahan dalam notis yang dikeluarkan hari ini.

image is not available

Sebarang aduan atau pertanyaan berhubung aliran trafik boleh diajukan ke JKR Samarahan melalui talian hotline 082-671076 pada waktu pejabat.

Baca lagi artikel terkini di sini: