Notis Penutupan Sementara Jalan Satok Sempena Pembukaan Bazar Aidilfitri Hingga 21 April

6 Apr 2023 • 10:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Notis oleh pihak DBKU

Notis Penutupan Sementara Jalan Satok Sempena Pembukaan Bazar Aidilfitri Hingga 21 April. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan laluan di sepanjang Mita Cake House Satok sehingga ke Hartz Chicken Satok akan ditutup sementara bermula semalam hingga 21 April depan.

Menurut kenyataan medianya hari ini, penutupan jalan tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada Bazar Aidilfitri Satok 2023 yang mula beroperasi hari ini.

image is not available
Notis Penutupan Sementara Jalan Satok Sempena Pembukaan Bazar Aidilfitri Hingga 21 April. Kredit: Borneo Post

Jelasnya, Bazar Aidilfitri Satok 2023 akan beroperasi mulai jam 10 pagi hingga jam 12 malam.

Warga Kuching diminta ambil maklum

“Oleh yang demikian, laluan sepanjang kawasan yang berkenaan adalah ditutup sementara sepanjang tempoh bazar Aidilfitri Satok 2023 beroperasi,” kata kenyataan tersebut.

image is not available

Untuk rekod, Bazar Aidilfitri Satok sering menjadikan tumpuan warga tempatan bagi mendapatkan pelbagai kelengkapan raya termasuk songkok, baju melayu atau baju kurung, biskut, kuih muih dan aneka barangan.

Baca lagi artikel terkini: