Nova Launcher Kembali Kepada Pembangunan Solo – Pekerja Lain Dibuang Syarikat

TechnologyDigital
10 Aug 2024 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nova Launcher merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan untuk pengguna Android, membolehkan pengguna melakukan pengubahsuaian antaramuka telefon, dan menyesuaikannya mengikut citarasa masing-masing. Ia sangat popular beberapa tahun dahulu, namun agak kurang kedengaran kebelakangan ini, terutamanya sejak diambil-alih syarikat Branch.

Terbaru, Branch dilihat membuang sejumlah pekerja syarikat mereka, sekaligus turut memberikan impak kepada ahli pasukan Nova Launcher. Dengan perubahan ini, kini pasukan Nova Launcher kembali kepada hanya seorang – iaitu pengasas aplikasi berkenaan sendiri.

Pengasas aplikasi berkenaan menyatakan sehingga kini, ia dibantu oleh dua orang lagi pekerja, selain sejumlah pekerja Branch yang membangunkan pelbagai projek lain sekali. Dengan perubahan pada syarikat berkenaan, kini pasukan Nova Launcher kembali kepada seorang kembali. Pengasasnya turut menyatakan akan terus membangunkan dan memperkenalkan kemaskini pada aplikasi berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih kekal menggunakan Nova Launcher pada peranti anda?