NSFC benam Kelantan FC 4-2

Football
2 Apr 2023 • 7:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Kelantan FC, Ahmad Khairil Anuar (dua dari kanan) mengeluarkan bola dari dirampas oleh pemain Negeri Sembilan Aroon Kumar (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu. - Foto Bernama

NEGERI Sembilan FC(NSFC) membenam Kelantan FC 4-2 dalam pertembungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Sabtu.

Peluang bermain di laman sendiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad Hobin Jang Hobin itu apabila menjaringkan gol pertama menerusi rembatan dari luar kotak penalti Mahalo Jasuli pada minit ke-15.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak berpanjangan apabila skuad kendalian Choi Moon Sik menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Ismaheel Akinade.

Dua minit kemudian, Skuad Hobin Jang Hobin kembali mendahului menerusi hasil tandukan Herold Mark Goulon.

Kelantan FC tidak membiarkan begitu saja apabila kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-53, sekali lagi menerusi sentuhan Akinade.

Anak didik K Devan terus berusaha keras melancarkan serangan dan berjaya memperoleh gol ketiga buat NSFC menerusi hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-75.

Ia diteruskan jaringan keempat oleh Shahrel Fikri untuk tuan rumah dan akhirnya kemenangan berpihak kepada NSFC 4-2