NSK mohon maaf isu jual daging katak, ‘pihak syarikat akan memastikan…’

29 Oct 2023 • 3:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka, selepas sebuah daripada cawangan pasar rayanya menjual daging katak bersama barangan basah lain, sehingga tular di media sosial.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius isu terbabit dan tindakan sudah diambil, demi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Kepada pelanggan kami, umat Islam khususnya, kami memohon maaf atas kejadian pada 24 Oktober lalu. Kami faham tahap keseriusan isu terbabit dan tindakan sudah diambil serta merta.

“Amaran keras sudah diberikan kepada pekerja berkenaan. Pihak syarikat akan memastikan sebaik-baiknya supaya tidak akan berlaku lagi kesilapan terbabit,” katanya.



Terdahulu, tular di media sosial foto daging dipercayai katak yang dijual dalam piring diletakkan di bahagian barangan basah, termasuk di sebelah ikan di pasar raya NSK di Selayang.

Pekerja di bahagian itu membuka dan mempamerkan daging terbabit tanpa mengetahui ia adalah daging katak.

Ia dikatakan hanya disedari kira-kira jam 10 pagi pada hari sama daging terbabit diletakkan dan ketika itu, pasar raya berkenaan, belum sesak dengan pelanggan.

Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging terbabit kemudian dialihkan dari bahagian itu. - 29 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved