Nu Ideaktiv lancar aplikasi seeNi dan portal Kliik

LocalTechnology
14 Sep 2024 • 8:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadzli (kiri) ketika melancarkan aplikasi seeNi dan portal Kliik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

image is not available
Fadzli (kiri) dan Syamil Fahim pada Majlis Pelancaran aplikasi seeNi dan portal Kliik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

image is not available
Syamil Fahim ketika berucap melancarkan aplikasi seeNi dan portal Kliik. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

image is not available
Fadzli dibawa masuk ke Studio podcast seeNi. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

image is not available
Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Nu Ideaktiv, Cynthia Seow (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Esksekutif Innity,Phang Chee Leong (dua dari kiri). Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digital melancarkan produk terbarunya aplikasi seeNi dan portal Kliik.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, aplikasi dan portal berkenaan bakal mentransformasikan pengguna dengan berinteraksi dengan kandungan dan komuniti digital.

“Aplikasi seeNi adalah SuperApp yang bukan sekadar menyediakan kandungan artikel, video, dan podcast tetapi ianya juga adalah platform yang menghimpunkan kandungan tempatan dalam satu ekosistem yang selamat,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran aplikasi dan portal berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Fadzli Abdul Wahit.

Syamil Fahim berkata, seeNi bukan sahaja memaparkan kandungan lokal malah turut membantu memperkasakan pencipta kandungan tempatan baharu yang sedang meningkat naik.

“Insya-ALLAH kita akan himpunkan semua pencipta kandungan tempatan dalam seeNi untuk bersaing di peringkat global,” katanya.

SeeNi mempunyai portal yang menggabungkan 18 IPs (Jenama Media) Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, Kita Family Podcast.

“Selain itu menerusi di Kliik.je pengguna boleh mendaftar dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan,” katanya.

Jelasnya, komitmen Ideaktiv adalah untuk terus berinovasi dengan menyediakan platform yang relevan dan bermakna untuk semua peringkat umur.

“seeNi dan Kliik bukan sahaja menjadi penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan malah mampu meningkatkan literasi digital di kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu Fadzli yakin menerusi aplikasi dan portal baharu yang diperkenalkan oleh Nu Ideaktiv ianya mampu menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan dan memberi pulangan yang baik kepada ekonomi digital negara.

“Pemain industri akan dapat banyak kelebihan dan kita akan pastikan kerjasama Nu Ideaktiv dan MDEC akan berterusan untuk dua tahun akan datang,” katanya.