Sembilan anggota polis ditahan: Bukit Aman

20 Oct 2019 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, anggota berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula pukul 10.30 malam.

"Kesemua mereka ini ditahan atas kesalahan berada dalam pusat hiburan dipercayai sedang berhibur.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka adalah negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kesemua anggota ditahan kerana melanggar arahan dan larangan daripada mengunjungi pusat hiburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia mengunjungi tempat-tempat hiburan bagi mengelak sebarang amalan rasuah. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved