Nubhan, Dr Afifah tidak lagi sebumbung, bakal hadir prosiding pengesahan cerai

LocalFamily & Parenting
15 Oct 2025 • 11:15 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI dan usahawan Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, esok.

Memetik Kosmo Online, perkara berkenaan dikongsikan sumber terdekat pasangan itu yang mendakwa, permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan pada awal bulan lalu.

Sumber yang enggan dikenali itu dimaklumkan esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah. Pasangan berkenaan difahamkan akan hadir bersama peguam masing-masing.

Katanya lagi, Nubhan nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, kini tidak lagi sebumbung dengan Dr Afifah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujar sumber.

image is not available

Dalam pada itu, peguam yang mewakili isteri Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang dihubungi Kosmi mengesahkan doktor pergigian itu selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya.

Sekadar info, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: Kosmo