Nubia A56 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM299

Digital
12 Aug 2025 • 5:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia A56 kini ditawarkan di pasaran Malaysia sebagai pilihan telefon mampu milik dengan harga RM299. Peranti ini menampilkan skrin bersaiz 6.75 inci beresolusi HD+ dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia dipadankan dengan cip Unisoc T7200, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

image is not available

Peranti ini menjalankan sistem operasi Android 15 untuk pengalaman penggunaan yang lebih terkini. Dari segi kamera, Nubia A56 dilengkapi kamera utama 13MP bersama lensa tambahan manakala kamera hadapan pula beresolusi 8MP.

Ia turut menyertakan bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W, pengimbas cap jari di sisi, serta sistem audio yang dikatakan mampu mencapai tahap bunyi sehingga 200%. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Floating Gold dan Celestial Black.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved