Nubia A77 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1099

LocalTechnology
13 Aug 2026 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia A77 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1099

Nubia A77 mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti ini hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan sekali gus menambah pilihan baharu dalam segmen telefon pintar di pasaran tempatan.

Nubia A77 5G hadir dengan skrin HD+ 6.75″ bersama kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Unisoc T8300 Ultimate dengan 6GB RAM (ditambah 8GB Dynamic RAM) serta storan dalaman 128GB. Tetapan kameranya terdiri daripada sensor utama 50MP di belakang dan swafoto 8MP, lengkap dengan sokongan AI Scene Recognition, Super Night Shot serta Auto HDR.

Image from: Nubia A77 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1099

Peranti ini turut menawarkan pelbagai ciri berasaskan AI. Antaranya ialah AI Translate untuk komunikasi melibatkan pelbagai bahasa, AI Memory bagi menyimpan maklumat dengan pantas dan AI Social Publisher yang boleh menjana kapsyen automatik mengikut mood gambar. Selain itu, ia juga menyediakan AI Smart Reply dengan cadangan ringkas, AI Wallpaper untuk gambar latar lebih peribadi, serta gabungan AI Noise Reduction dan AI Clearcall bagi memastikan panggilan suara lebih jelas.

Image from: Nubia A77 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1099

Sebagai pelengkap, Nubia A77 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama jaminan kesihatan selama 4 tahun dan mampu mengekalkan lebih 80 peratus kapasiti selepas tempoh tersebut. Ia juga menyokong pengecasan 22.5W serta fungsi bypass charging untuk pengalaman penggunaan lebih efisien. Di Malaysia, Nubia A77 dijual pada harga RM1,099 dengan pilihan warna Obsidian Black.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved