Nubia Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Ejen AI Baharu

TechnologyDigital
9 Jul 2026 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Ejen AI Baharu

Nubia telah mengesahkan akan melancarkan telefon pintar dengan ejen AI pada World Artificial Intelligence Conference (WAIC) 2026 di Shanghai, yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 20 Julai.

Image from: Nubia Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Ejen AI Baharu

Berbeza dengan telefon pintar berasaskan AI sedia ada yang hanya mampu menjawab soalan atau menghasilkan kandungan, peranti baharu ini hadir dengan sistem AI yang berfungsi sebagai ejen pintar menyeluruh. Dengan teknologi ini, telefon boleh faham arahan bahasa semula jadi dan terus melaksanakan tugasan kompleks secara automatik merentasi pelbagai aplikasi, tanpa pengguna perlu buat apa-apa.

Image from: Nubia Bakal Perkenalkan Telefon Pintar Dengan Ejen AI Baharu

Sebagai contoh, jika pengguna mahu menempah tiket penerbangan paling murah, ejen AI dalam telefon ini akan menguruskannya secara automatik. Mula-mula ia akan membuka aplikasi yang sesuai, kemudian membandingkan harga tiket daripada pelbagai syarikat untuk mencari pilihan terbaik. Seterusnya, ia akan mengisi maklumat tempahan berdasarkan profil pengguna yang sudah disimpan, dan akhirnya membuat pembayaran dengan selamat. Kesemua langkah ini dilakukan dari awal hingga akhir tanpa pengguna perlu menekan apa-apa.

Kemampuan ini hadir melalui gabungan dua komponen utama. Pertama, antaramuka grafik (GUI) iaitu paparan skrin telefon seperti ikon dan butang, di mana AI boleh ‘melihat’ serta mengawalnya seolah-olah manusia yang menekan skrin. Seterusnya, model bahasa besar (LLM) berfungsi sebagai otak AI yang mampu memahami arahan bahasa semula jadi dan memprosesnya dengan cepat terus dalam telefon sambil menjaga privasi pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved