Nubia Z60 Ultra ada diskaun RM800 sempena pelancaran di Malaysia

Digital
22 Dec 2023 • 5:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Baru sahaja dilancar di pentas antarabangsa, telefon pintar berkuasa tinggi Nubia Z60 Ultra diumum akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Malah, ia akan diberikan diskaun sehingga RM800 sebagai promosi pengenalan.

Telefon pintar terbaru keluaran ZTE ini datang dengan kuasa tertinggi Snapdragon 8 Gen 3, dilengkapi tiga kamera berbilang fokal di belakang, serta kamera hadapan yang tersembunyi generasi ke-5. Ia juga kalis air dan debu IP68 serta memiliki kapasiti bateri sangat besar.

Harga dan Promosi Nubia Z60 Ultra

Orang ramai boleh membeli telefon Nubia Z60 Ultra di Malaysia, mulai hari Isnin, 25 Disember 2023. Untuk permulaan, ia dijual secara eksklusif di Lazada sahaja.

image is not available
Harga promosi Nubia Z60 Ultra di Malaysia

Selama sebulan, diskaun sehingga RM800 diberikan untuk pembeli Nubia Z60 Ultra. Berikut adalah harga rasmi dan harga selepas diskaun:

  • Nubia Z60 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,499 RM2,899
  • Nubia Z60 Ultra (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,299 RM3,499

Telefon ini dilancar dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, perak dan biru. Tetapi hanya satu warna dijual di Malaysia, iaitu warna hitam.

image is not available
Warna Nubia Z60 Ultra

Spesifikasi Nubia Z60 Ultra

ZTE mahun menonjolkan kehebatan kamera di Nubia Z60 Ultra dengan terma-terma fotografi. Antaranya penggunaan tiga lensa dengan fokal 18mm, 35mm dan 85mm. Dalam kata lain, lensa ultralebar, lensa lebar dan lensa telefoto.

Lensa 18MM memiliki sensor 50MP F1.8, dengan bukaan sudut seluas 100-darjah dan memiliki penstabil imej optikal (OIS) bertahap kamera aksi. Lensa utama 35mm pula menggunakan sensor Sony IMX800 50MP F1.59, juga dilengkapi OIS. Lensa 85mm pula dilengkapi sensor 64MP dan OIS.

ZTE mengekalkan keunikan kamera hadapan di Nubia Z60 Ultra tersembunyi di balik paparan (Under Display Camera, UDC), dengan sensor 12MP. Skrin hadapan ini jenis AMOLED rata dengan bucu tajam seluas 6.8-inci, memberikan pengalaman skrin penuh yang sangat luas. Skrin ini dilengkapi resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz, serta kecerahan setinggi 1,500nits.

Prestasi tinggi Nubia Z60 Ultra disalurkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 terbaru, dengan pemproses grafik Adreno 740. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 sehingga 512GB.

Pengguna pasti tidak risau tentang tenaga kerana Nubia Z60 Ultra dilengkapi bateri ebsar 6,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 80W, mengecas menggunakan sambungan USB-C. Tetapi pengecasan wayarles masih tidak disokong.

Tambah menenangkan fikiran pengguna adalah pengiktirafan kalis air dan debu IP68 pada telefon ini. Selain itu, Nubia Z60 Ultra dilengkapi sokongan 5G, WiFi 802.11ax, bluetooth 5.4, pemancar infra merah dan pengimbas capjari dalam skrin.

Sistem operasi MyOS14 berasaskan Android 14 digunakan pada telefon ini. Terdapat dua pilihan warna disediakan, antara hitam dan perak. Tetapi terdapat satu edisi khas yang dipanggil Starry Night, bagaimanapun ia tidak dijual di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon ini, layari laman produk Nubia Z60 Ultra.

Bacaan Berkaitan