Nunez belum matang

Football
8 Oct 2022 • 11:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nunez

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan penyerangnya, Darwin Nunez masih belum matang dalam menangani masalah yang dihadapi terutamanya untuk berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun Klopp percaya Nunez mampu mengatasi masalah tersebut sekaligus memperbaiki prestasinya.

“Dia hanya berkata 'selamat pagi' dan 'jom'. Dia masih lagi anak muda, tetapi juga seorang yang berkeyakinan.

“Dia belum matang, kita semua tahu itu. Dia masih kebudak-budakan, dia perlu membesar sebagai seorang lelaki tetapi semuanya baik-baik saja," kata Klopp ketika sidang akhbar menjelang pertemuan dengan Arsenal pada Ahad.

Dalam pada itu, Klopp turut mengakui bahawa dia dan barisan kejurulatihan perlu mencari jalan untuk mengembalikan rentak sebenar dan ia secara tidak langsung akan merangsang prestasi Nunez.

“Apakah situasi yang paling teruk apabila anda masuk sebagai penyerang? Jawapannya adalah pasukan anda tidak bermain dengan sangat baik kerana anda bergantung kepada sentuhan mereka.

“Jadi kami memerlukan penyerang untuk menyudahkan segala peluang yang kami cipta. Salah satu perkara yang dipamerkannya dalam semua perlawanan setakat ini ialah dia berada di kedudukan yang baik untuk menyudahkan kesempatan terhidang.

“Ia merupakan perkara paling penting bagi seseorang penyerang. Itulah sebabnya semua orang harus optimis tentang kelibatnya pada masa hadapan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved