Nur Aina Faqihah Telah Ditemui Orang Awam Di Stesen Bas

23 Jul 2024 • 10:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Remaja yang dilaporkan hilang pada 15 Julai telah ditemui oleh orang awam di stesen bas Triang, Bera semalam.

image is not available

Menurtut laporan MalaysiaGazette, Nur Aina Faqihah, 17 yang berasal dari Kampung Lama telah dijumpai dalam keadaan selamat sekitar jam 2:30 petang dan telah dibawa ke balai polis yang berdekatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja itu akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi proses siasatan.

Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga, kata Zaiham.

Remaja tersebut dilaporkan hilang di rumahnya pada hari Isnin yang lalu.

Keluarga Nur Aina Faqihah melaporkan kehilangannya pada pihak polis dua hari selepas remaja tersebut menghilangkan diri.

image is not available

Jap!